Monday, January 3, 2011

Quratu A'yun

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

" Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa"

al-Furqan 25;74


Doa yang saya rasakan cukup famaou di kalangan pemuda-pemudi yang inginkan pasangan dan kehidupan berkeluarga.Doanya pendek,mudah dihafal dan mempunyai pengertian yang tersurat dan tersirat.Mungkin jika dihayati betul2 ataupun dibuka lembaran kitab2 tafsir,ianya mempunyai maksud yang harus dihayati namun secara jelasnya,bagi saya ianya mengandungi dua unsur :

a) Doa memohon agar dikurniakan pasangan dan keturunan penyejuk mata
b) Doa memohon dijadikan pemimpin orang yang bertaqwa

ok,today i would like to share my point of view for the first point.=)

Qurratu A'yun


Qurratu A'yun bermaksud penyejuk mata/Apakah itu definisi penyejuk mata.mungkin luas dan terlalu subjektif tetapi ianya sesuatu yang positif,apabila dipandang dan dilihat,maka hilanglah segala kepenatan,terubat sakit yang ditanggung malah menceria dan mendamaikan hati yang mungkin sarat dengan permasalahan dan keluh kesah.Secara logiknya siapa yang tidak mahukan pendamping hidup dan keturunan yang sebegini bukan?Oh alangakah bahagianya hehe..

tapi bukan,bukan,saya tidak bermaksud ingin menyentuh soal pencarian jodoh mahupun ciri-ciri bakal suami/isteri mahupun cara atau kaedah pertarbiahan anak-anak.(lagipun saya ini bujang orangnya jadi untuk topik berkenaan boleh refer kepada orang yang lebih arif)

Persoalan berbalik kepada diri.
Siapa anda?Siapa saya?


Dari mana lahirnya anda?

Ya!Saya lahir sebagai bukti rahmat kasih sayang Allah dan dari rahim suci seorang
ibu.Jadi,saya seorang anak kepada mak dan ayah saya.

saya percaya dan saya yakin anda semua bahkan kitaaa semua adalah seoarang anak.bagaimanapun anda,bujang atau tidak anda adalah seorang anak dan status itu tidak boleh dipertikaikan sampai anda mati.

Sudahkah kita menjadi pennyejuk mata kepada kedua orang tua kita.
Ingalah wahai diri,
bukan sedikit keringat menitik keranamau,
tidak sedikit wang habis demimu,
bukan setitis air mata mengalir keranamu,
walau dibayar segunug emas dan berlian(ini kerana ibu saya gemarkan berlian hehe)
belum mampu membayar walau sedikit pengobanan mereka melahir dan membesarkanmu
Nikmat beribu dan berayah amat besar
hargailah nikmat itu
Jadilah Qurratu A'yun kepada ibu bapamu
lakukanlah perkara yang menyenangkan hati keduanya
maniskan muka apabila berhadapan dengan mereka
gembirakanlah mereka
sayangi dan hormati
dengan sepenuh hati

Percayalah,bukan harta benda yang dipinta ibu bapa kita,cukuplah sekadar anak yang soleh/solehah.
Ayuh menjadi yang soleh/solehah.
Demi cinta kepada Allah yang mengalir kepada kasihnya ibu bapa.
=)

p/s : tahniah kepada pemilik nama qurratu aini/a'yun kerana setiap kali orang mendoakan anda..hehe

No comments: